Tidak ada rancangan membuat pengumuman dalam Bahasa Tamil di KLIA

Tidak ada rancangan membuat pengumuman dalam Bahasa Tamil di KLIA

Kementerian Pengangkutan tidak ada perancangan membuat pengumuman dalam Bahasa Tamil di KLIA, Sepang, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Dewan Negara

Kementerian Pengangkutan tidak ada perancangan membuat pengumuman dalam Bahasa Tamil di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kementerian itu mendapati tidak ada keperluan untuk membuat pengumuman dalam Bahasa Tamil di KLIA kerana penumpang yang datang dari India bertutur dalam pelbagai bahasa ibunda.

“Selain Tamil, penumpang dari India turut bertutur dalam bahasa Hindi, Urdu, Malayalam, Telugu dan lain-lain lagi,” katanya pada sesi soal jawab persidangan itu di sini, hari ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai yang ingin tahu sama ada kementerian itu ada perancangan untuk melaksanakan pengumuman dalam Bahasa Tamil di KLIA.

See also  Bharatanatyam maestro Shanmuga Sundaram to perform at Sutra House

Abdul Rahim berkata kebanyakkan penumpang dari India juga adalah fasih dalam Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua terpenting di negara berkenaan dan buat masa ini pengumuman di KLIA dibuat dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Pengumuman dalam Bahasa Arab dan Jepun pula dibuat mengikut musim tertentu sahaja, katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama