Bantuan RM500 BR1M mula diberi di Kota Kinabalu

Bantuan RM500 BR1M mula diberi di Kota Kinabalu

Program BR1M yang memperuntukkan bantuan sebanyak RM2.6 billion

Ribuan penduduk sekitar bandaraya Kota Kinabalu telah hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah semalam untuk mengambil borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Program BR1M yang memperuntukkan bantuan sebanyak RM2.6 billion untuk diagihkan kepada 5.2 juta isi rumah di seluruh negara.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Borang tersebut yang mula diagihkan semalam mendapat impak yang luar biasa apabila penduduk sekitar Kota Kinabalu telah hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah bagi mendapatkan borang tersebut.

Pegawai yang bertugas menyatakan kepada Komunitikini bahawa terdapat pemohon yang hadir seawal jam 6.30 pagi bagi mendapatkan borang permohonan yang hanya mula diagihkan pada jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

LHDN akan membuka kaunter bagi menerima semula borang permohonan yang telah siap diisi pada hari yang sama atau hari ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Pegawai tersebut juga menasihatkan pemohon supaya tidak perlu kelam kabut kerana tempoh untuk mengembalikan borang tersebut adalah selama sebulan.

Pusat operasi telah dibuka sejak hari Rabu lagi untuk melancarkan dan untuk memberi informasi kepada semua pemohon yang kurang faham mengenai program ini di talian 1-800-222-500.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman http://www.treasury.gov.my

Jeffery George