Rais Yatim: ICT penting untuk capai matlamat negara

Rais Yatim: ICT penting untuk capai matlamat negara

Peranan utama ICT adalah penting bagi Malaysia untuk melonjak menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

 

Peranan utama teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah penting bagi Malaysia untuk melonjak menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata ICT menyokong pelan transformasi nasional dengan membangun daripada infrastruktur aras dasar sebagai asas kepada aras tertinggi akulturasi dan penerimaan rakyat sebagai tenaga berasaskan pengetahuan.

“ICT perlu disebar sebagai impak kepada semua 12 matlamat Bidang Utama Ekonomi Nasional atau NKEA. Dan 85 peratus Program Tranformasi Kerajaan (GTP)dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berkisar daripada bidang kesalinghubungan, sokongan, aplikasi, penggunaan, ekonomi dan sebagainya, setiap satu mempunyai elemen ICT.

“Oleh itu, ICT terbukti merupakan pembeza utama dalam pelan transformasi kita,” katanya dalam ucaptama pelacaran Persidangan Antarabangsa kali ke-11 mengenai ‘Sistem Risikan Hibrid” (HIS) Persidangan Antarabangsa ke-7 mengenai Jaminan dan Keselamatan Maklumat (IAS 2011) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), semalam.

See also  Tapway and Asteria unveil AIoT Suite for manufacturers

Teks ucapannya dibacakan Timbalannya Datuk Joseph Salang.

Persidangan empat hari bermula semalam itu dianjurkan oleh Fakulti Maklumat dan Teknologi dan Komunikasi, UTeM dan ‘Machine Intelligence Research Labs (MIR Labs) yang disertai penyelidik dan pengamal dalam sektor pendidikan dan industri dari seluruh dunia.

Rais berkata pada masa ini Malaysia mengikuti laluan GTP dan ETP melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas.

“Dalam tempoh 10 tahun Rancangan Malaysia itu yang bermula 2011 hingga 2020 jelas menunjukkan peranan penting ICT,” katanya.

– Bernama