FAM tidak lanjut tempoh pendaftaran pemain Liga Super

FAM tidak lanjut tempoh pendaftaran pemain Liga Super

FAM tidak akan memanjang tempoh pendaftaran pemain untuk Liga Super musim depan, yang tempoh pendaftaran tamat Khamis ini, kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan memanjang tempoh pendaftaran pemain untuk Liga Super musim depan, yang tempoh pendaftaran tamat Khamis ini, kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Beliau berkata kalau dilanjutkan, ia akan memberi masalah kepada pihak sekretariat untuk menentukan jadual perlawanan, penyediaan pengadil perlawanan, kad akreditasi dan sebagainya.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya FAM telah banyak memberi peluang kepada pasukan untuk menyiapkan pasukan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kita lebih perlu untuk meningkatkan serta memartabatkan profesionalisme kita dari segi pengurusan persatuan dan kelab supaya segala keperluan yang ditetapkan oleh FAM seperti pendaftaran pemain dapat dipenuhi dalam masa yang diberikan,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian antara FAM dengan pembekal vaksin, Sanofi Pasteur di Wisma FAM hari ini.

See also  Malaysian AI badminton review system, Reveal Lens makes international debut

Beliau diminta mengulas mengenai permohonan beberapa pasukan agar tarikh tutup pendaftaran pemain di panjangkan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Azzuddin menegaskan sekiranya pihak pengurusan pasukan masih gagal memberikan senarai penuh pemain mereka menjelang Khamis ini, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM dijangka akan mengambil tindakan susulan dengan menasihatkan pengurusan pasukan untuk mendaftar pemain terutama pemain import mereka pada musim kedua pendaftaran dari 6 hingga 20 April tahun depan.

Beliau berkata FAM mahu meningkatkan mutu liga bola sepak tempatan terutama Liga Super supaya setanding dengan liga bola sepak negara lain.

Sehubungan itu JKPT FAM akan sentiasa mencari mekanisme terbaik dalam memperbaiki mutu bola sepak tempatan supaya mendapat pengiktirafan antarabangsa, katanya.

See also  Paramount Cup 2026 expands pickleball reach with community impact

– Bernama