Sepuluh unit flat terbakar di Bandat Tun Razak

Sepuluh unit flat terbakar di Bandat Tun Razak

Sepuluh unit kediaman di tingkat atas Flat Sri Pulau Pinang di Bandar Tun Razak, Cheras terbakar malam ini.

Photo by emino

Sepuluh unit kediaman di tingkat atas Flat Sri Pulau Pinang di Bandar Tun Razak, Cheras terbakar malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata lapan jentera bomba dan 47 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.44 malam.

“Api dapat dikawal sejam selepas bomba tiba di lokasi kebakaran,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata api marak dengan cepat kerana ketiadaan ‘tembok api’ di aras paling atas bangunan empat tingkat itu.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

– Bernama

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →