JPAM Pulau Pinang sedia hadapi banjir

JPAM Pulau Pinang sedia hadapi banjir

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pulau Pinang kini bersiap sedia dengan 11,500 anggota untuk menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh ini.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pulau Pinang kini bersiap sedia dengan 11,500 anggota untuk menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh ini.

Timbalan Pengarah JPAM negeri Zairil Anuar Zulmuji berkata persiapan itu termasuk memastikan semua kelengkapan seperti bot, lori, jet ski, kenderaan pacuan empat roda dan alatan bantuan menyelamat berfungsi serta berada dalam keadaan baik.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Seramai 1,500 anggota dalam mod bersiap sedia manakala 10,000 anggota sukarela juga bersedia untuk menerima tugas sekiranya diperlukan, katanya kepada pemberita semalam.

Katanya latihan penyelamat semasa banjir juga giat dijalankan dan pasukan-pasukan seperti pasukan memasak, pasukan skuba dan pasukan khidmat selepas banjir juga bersiap sedia untuk menjalankan tugas.

“Beberapa kawasan yang sentiasa dinaiki air seperti kawasan Sungai Juru, Sungai Muda, Sungai Pinang, Sungai Perai dan Sungai Jawi telah dikenal pasti,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau berkata lebih 100 anggota JPAM akan dikerahkan bagi setiap daerah di Pulau Pinang supaya bantuan dapat diberikan dengan cepat.

– Bernama