Lelaki didakwa tunggang kuda secara cuai, cederakan kanak-kanak

Lelaki didakwa tunggang kuda secara cuai, cederakan kanak-kanak

Seorang penunggang kuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menunggang kuda secara cuai sehingga mencederakan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun pada 7 Jun lepas.

Mohd Khairi Mohd Nor, 28, dituduh menunggang kuda hingga mencederakan Arina Kirana Azrin pada kira-kira 10.40 pagi di pantai belakang Hotel Park Royal Batu Feringghi.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Dia didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menunggang kuda secara gopoh dan cuai hingga membahayakan nyawa manusia dan keselamatan orang lain.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 kerana tertuduh telah mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, Mohd Khairi yang tidak diwakili peguam memohon wang jaminan itu dikurangkan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Majistret Adibah Husna Zainal Abidin menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dan 8 Julai ini untuk sebutan semula kes.

– Bernama