Mangsa banjir di pusat pemindahan Terengganu berkurang

Mangsa banjir di pusat pemindahan Terengganu berkurang

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Terengganu berkurangan hampir separuh pagi ini berbanding petang semalam.

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Terengganu berkurangan hampir separuh pagi ini berbanding petang semalam.

Sehingga 9 pagi ini, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 1,236 orang berbanding 2,404 orang petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Terengganu berkata enam daerah, kecuali daerah Dungun, telah dilanda banjir.

Mangsa yang berada di pusat pemindahan ialah 89 di Besut, 31 di Hulu Terengganu, 243 di Kemaman, lapan di Kuala Terengganu, lapan di Marang dan 857 di Setiu.

Menurut jurucakap itu paras air sungai yang melebihi paras bahaya semalam telah turun pagi ini.

– Bernama

See also  Yayasan Suria and Ihsan Johor aid Kelantan flood victims