Pemuda PAS batal demo konsert Elton John

Pemuda PAS batal demo konsert Elton John

Pemuda PAS membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi membantah konsert penyanyi Elton John di Genting Highlands malam ini.

Pemuda PAS membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi membantah konsert penyanyi Elton John di Genting Highlands malam ini.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan ketika dihubungi mengesahkan rancangan untuk mengadakan demonstrasi itu tidak diteruskan walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan konsert oleh penyanyi berkenaan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Ya, tak ada demo malam ini. Ia merupakan keputusan pucuk pimpinan PAS negeri,” katanya secara ringkas.

PAS pernah membantah konsert penyanyi terkenal Adam Lambert pada tahun lalu apabila Nasrudin mengetuai lebih kurang 200 anggota pemuda PAS membantah konsert penyanyi itu pada malam konsert itu diadakan.

Sebuah portal berita memetik Ketua pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim sebagai berkata demonstrasi itu tidak diteruskan memandangkan pihaknya memberikan tumpuan terhadap persediaaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Bharatanatyam maestro Shanmuga Sundaram to perform at Sutra House

– Bernama