Operasi gagak: 6,264 berjaya ditembak

Operasi gagak: 6,264 berjaya ditembak

Sebanyak 6,264 ekor gagak berjaya ditembak dalam operasi yang diadakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) sekitar kawasan ini Ahad lepas.

By Zulkifli Abas, Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan MPK

Sebanyak 6,264 ekor gagak berjaya ditembak  dalam operasi yang diadakan oleh  Majlis Perbandaran Klang (MPK) sekitar kawasan ini Ahad lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Zulkifli Abas berkata, sejumlah 52 kumpulan mewakili 137 peserta menyertai operasi itu dan sebahagian besar penembak datang dari negeri ini.

Menurutnya,majlis mensasarkan 8 000 gagak  namun jumlahnya berkurangan berikutan cuaca hujan seawal jam tiga petang hingga tamat waktu operasi.

“Pada tahun lepas,sebanyak 7,799 ekor gagak berjaya ditembak namun tahun ini jumlahnya menurun disebabkan hujan yang agak lebat sejak awal petang lagi.

“Walaubagaimanapun,para peserta menunjukkan komitmen yang cukup membanggakan dan kita akan membuat satu penambahbaikan untuk memasukkan satu slot program tahunan sempena perayaan Hari Kebangsaan 31 Ogos tahun hadapan”katanya.

See also  Garmin, Reef Check partnership removes 755kg of ocean waste

Zulkifli berkata,jumlah peserta juga menunjukkan operasi yang diadakan itu sentiasa ditunggu-tuunggu oleh kumpulan penembak apabila ia sentiasa meningkat dari tahun ke setahun.

Menurutnya,majlis membayar RM 3 bagi setiap ekor gagak yang ditembak manakala yuran pendaftaran pula sebanyak RM 5 dan ia menerima reaksi positif daripada peserta.

“Kawasan tumpuan gagak antaranya di Kapar, Taman Sentosa dan Taman Sri Andalas kini semakin kurang dengan operasi yang diadakan dan majlis juga ingin menasihatkan penduduk untuk menjaga kebersihan untuk mengelakkan masalah gagak di kawasan mereka”katanya.