Kementerian perlu pantau IPTS tawar kursus kejururawatan

Kementerian perlu pantau IPTS tawar kursus kejururawatan

Kementerian Pengajian Tinggi perlu terus memantau serta mengkaji pengambilan pelatih yang mengikuti program Diploma Kejururawatan yang ditawarkan oleh IPTS.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu terus memantau serta mengkaji pengambilan pelatih yang mengikuti program Diploma Kejururawatan yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi mengimbangi longgokan pelatih yang gagal mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan pengajian.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata dalam masa yang sama Kementerian Kesihatan pula wajar memberikan maklumat kepada KPT mengenai tawaran kerja yang terbuka untuk profesion kejururawatan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata ini kerana terdapat kolej swasta menawarkan pengambilan pelajar baru sehingga ‘lima kali setahun’ seolah-olah beroperasi sebagai ‘Ah Long berlesen’ yang menggunakan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dinikmati pelajar untuk memajukan perniagaan mereka.

See also  EKTA scholarships encourage Sikh youth to consider TVET careers

“Kita faham sebahagian daripada pelajar ini adalah peminjam PTPTN yang terpaksa membayar pinjaman di kolej, namun bagaimana mereka hendak membayar balik pinjaman mereka sekiranya gagal mendapat pekerjaan.

“Adalah lebih baik pengambilan ini diberhentikan dahulu agar lambakan jururawat tidak berlaku,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sk Ladang Sapong, dekat sini semalam.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Jamawi, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, bilangan jururawat terlatih yang menamatkan pengajian pada tahun 2009 ialah 8,279 orang termasuk 2,402 jururawat dari kolej
kementerian, 528 dari IPTA dan 5,349 dari IPTS.

“Pasaran kerja jururawat di hospital kerajaan pula cuma lapan peratus sahaja kerana 92 peratus jawatan telah diisi, manakala dalam masa yang sama, kerajaan
melahirkan 2,400 jururawat melalui kolej kejururawatan Kementerian Kesihatan untuk mengisi jawatan kekosongan tersebut.

See also  Rockwills and Dignity partner to advance financial literacy

“Persoalannya ialah baki 6,000 orang lagi jururawat yang dilahirkan dari IPTS dan IPTA itu hendak diletakkan di mana? Justeru itu, kita perlu kaji dan
lakukan sesuatu bagi membetulkan keadaan,” katanya.

– Bernama