Aishwarya Rai lahir bayi perempuan

Aishwarya Rai lahir bayi perempuan

Seniwati terkenal Bollywood Aishwarya Rai melahirkan bayi perempuan pagi tadi di sebuah hospital di Mumbai.

Oleh P.Vijian

Seniwati terkenal Bollywood Aishwarya Rai melahirkan bayi perempuan pagi tadi di sebuah hospital di Mumbai.

Walaupun kehamilan bekas Ratu Dunia itu menjadi perhatian pelbagai pihak, berita kelahiran cahaya matanya itu tidak diberi liputan meluas oleh media India dan hanya tersebar melalui mesej Twitter suaminya, Abhishek Bachchan, juga pelakon Bollywood.

Sebelum ini, Persatuan Editor Penyiaran mengeluarkan memo kepada warga media agar tidak mensensasikan berita kelahiran bayi pelakon terkenal itu bagi menghormati keluarga Bachchan.

“Kini saya menjadi datuk kepada seorang bayi perempuan yang sungguh comel”, tulis Amitabh Bachchan, antara pelakon paling diminti di India dan bapa mentua Aishwarya dalam blognya.

See also  Just Jokes Festival: Comedy, workshops, and unforgettable nights

Aishwarya, 38, mendirikan rumah tangga dengan Abhishek, 36, pada 2007.

Kaki judi membuat pertaruhan berjuta-juta dolar tentang tarikh Aishwarya akan melahirkan anaknya dan ramai daripada mereka menjangka jelitawan itu akan bersalin pada 11 Nov (11/11/11).

Kini mereka bertaruh pula tentang nama bayi itu.

– Bernama