Keris, warisan seni yang semakin dilupakan

Keris, warisan seni yang semakin dilupakan

Keris yang menjadi yang ikon kebanggaan masyarakat Melayu sejak abad kesembilan kini semakin dilupakan sehingga anak muda zaman sekarang tidak lagi mengenali warisan purba itu.

Oleh Ahmad Muliady Abdul Majid

Keris yang menjadi yang ikon kebanggaan masyarakat Melayu sejak abad kesembilan kini semakin dilupakan sehingga anak muda zaman sekarang tidak lagi mengenali warisan purba itu.

Menyedari nilai dan keunikan falsafah di sebalik keris, Akademi Seni Beladiri Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan program seni keris bagi mengajak masyarakat Melayu kembali mencintai warisan itu.

Pengurusnya, Dr Ahmad Hazuan Hasni berkata ramai remaja Melayu tidak tahu menggunakan keris malah ada yang langsung tidak mengenali apa itu keris sehingga
ada yang menyebutnya sebagai ‘Malay blade’ (bilah Melayu) yang tidak mempunyai apa-apa makna bagi mereka.

“Saya risau jika perkara ini terus berlaku, simbol yang menjadi kebanggaan Melayu itu dikhuatiri akan lenyap dan anak cucu kita tidak lagi mengenalinya pada satu hari nanti,” katanya kepada Bernama hari ini.

See also  A solemn memorial stone for the gruelling Siam-Burma Railway legacy

Walaupun usaha yang mula diperkenalkan pada 2006 itu kurang mendapat sambutan, akademi itu gigih meneruskan program berkenaan.

Ahmad Hazuan berkata peserta program akan diberi pendedahan tentang teknik asas menggunakan keris, adab serta teknik menjaganya agar keris tahan lama dan
tidak mudah karat.

“Kita juga mengajar peserta tentang cara-cara memegang, menghunus, membuat serangan dan teknik lain mengunakan keris sebagai senjata,” katanya.

Beliau berkata peserta tidak perlu risau tentang unsur kurafat kerana pihaknya tidak mengamalkan apa-apa upacara ritual yang bercanggah dengan akidah Islam.

“Teknik ritual membabitkan jampi tidak lagi digunakan dalam tatacara memandikan keris sebaliknya kaedah tertentu dilakukan untuk menjaga ketahanan keris agar tidak karat dan kita akan menerangkan kepada peserta rasionalnya,” katanya.

See also  A solemn memorial stone for the gruelling Siam-Burma Railway legacy

Beliau berkata mereka yang berminat untuk mengikuti program seni keris boleh terus hadir ke Akademi Seni Beladiri Malaysia di alamat No.18-1, Pusat Komersial Tropicana Sungai Buloh, Jalan Nautika BU20/B, Sungai Buloh pada hari Sabtu atau Ahad.

Ahmad Hazuan berkata setiap peserta yang berminat menyertai program itu dikenakan yuran sebanyak RM150 seorang dan akan diajar mempelajari seni keris
sehingga pandai.

– Bernama