MPK mempopularkan riadah berbasikal

MPK mempopularkan riadah berbasikal

MPK komited untuk mempopularkan lagi aktiviti berbasikal sebagai satu bentuk program riadah khususnya kepada warga bandar di raja ini.

Oleh Majlis Perbandaran Klang

Majlis Perbandaran Klang (MPK) komited untuk mempopularkan lagi aktiviti berbasikal sebagai satu bentuk program riadah khususnya kepada warga bandar di raja ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam (JKPA) MPK,Norfiza Mahfiz berkata,majlis menyedari usaha itu jika dilaksanakan secara bersepadu ia akan membentuk budaya sihat di samping pelbagai nilai positif yang lain.

Menurutnya,sukan berbasikal kini mendapat perhatian dan semakin mendapat tempat terutama di kalangan muda dan usaha itu dijangka mencetuskan fenomena riadah terkini di situ.

“Orang ramai diminta untuk turut serta dalam Program Berbasikal Bersama Rakyat yang akan diadakan pada Ahad ini bertempat di Astaka Padang Sultan Suleiman kerana ia bakal memberi manfaat kepada peserta.

“Malah program anjuran bersama Persatuan Bekas Tentera Malaysia (Cawangan Klang) ini juga wadah terbaik untuk kita semua mengeratkan lagi silaturahim yang sedia ada”katanya.

Norfiza berkata, bagi mereka yang berminat,boleh menghubungi Roshayati Abdul Rahim di talian 03-33716044 sambungan 1234/1015, 019-2207671, faks 03-33720875 atau melalui email [email protected].

Selain daripada itu,peserta juga boleh terus ke Jabatan Korporat MPK bagi mendapatkan borang penyertaan untuk sebarang pengesahan pada program hujung minggu itu.