Garis panduan kejiranan hijau untuk pembangunan

Garis panduan kejiranan hijau untuk pembangunan

Kementerian memperkenalkan Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau bagi memastikan masalah perubahan iklim dapat ditangani secara berkesan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperkenalkan Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau bagi memastikan masalah perubahan iklim dapat ditangani secara berkesan melalui sistem perancangan bandar.

Menteri berkenaan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bertanggungjawab untuk memastikan garis panduan itu diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan di seluruh negara.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Garis panduan ini telah pun mendapat persetujuan Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim pada 11 Ogos lepas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya pada majlis pelancaran Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau dan sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2011 semalam.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Ahmad Kabit dan Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Datuk Mohd Fadzil Mohd Khir.

Chor berkata garis panduan itu berfungsi sebagai alat yang memandu perancangan serta pembentukan kejiranan dan bandar hijau di Malaysia, termasuk pengurangan karbon yang dinilai menerusi ‘low carbon cities framework’ oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan dan swasta perlu menggunakan garis panduan itu ke arah mencapai pembangunan bandar yang mampan dan hijau.

Pada majlis itu, Ahmad Fuad dianugerahkan Felo Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia sebagai menghargai sumbangan besarnya dalam bidang perancangan bandar dan wilayah.

Sejak penubuhan Pertubuhan Perancang Malaysia pada 1972, mereka yang pernah menerima pengiktitafan itu ialah Tun Daim Zainuddin (1995), Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud (1996) dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Dr Abu Hassan Omar (1998).

– Bernama