PSM: Negara perlu lima tahun untuk pulih sepak takraw

PSM: Negara perlu lima tahun untuk pulih sepak takraw

Negara memerlukan antara empat hingga lima tahun lagi untuk mengembalikan kecemerlangan sukan sepak takraw di persada antarabangsa.

Negara memerlukan antara empat hingga lima tahun lagi untuk mengembalikan kecemerlangan sukan sepak takraw di persada antarabangsa.

Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Mohd Shapian Ali berkata itupun sekiranya semua persatuan sepak takraw negeri bangkit dan mengadakan  program pembangunan masing-masing.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Tidak ada langsung kejohanan atau program pembangunan dibuat oleh  persatuan-persatuan negeri menyebabkan sukar kita hendak mencari pemain untuk  mewakili negara,” katanya ketika diminta mengulas kemerosotan prestasi pasukan negara dalam kejohanan-kejohanan sepak takraw peringkat antarabangsa sejak  kebelakangan ini.

Menurut Mohd Shapian, beliau yakin negara dapat melahirkan pemain-pemain  baru melalui program pembangunan sekiranya persatuan-persatuan negeri bergerak aktif dan tidak berpeluk tubuh.

“Tiada langsung program dan kejohanan menyebabkan kita ditinggalkan  oleh negara-negara lain dalam sukan sepaktakraw,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Malaysian AI badminton review system, Reveal Lens makes international debut

Beliau berkata selain itu, PSM juga perlu melihat semula keupayaan  jurulatih-jurulatih yang ada memandangkan sukan itu sekarang semakin maju dan berkembang.

“PSM perlu tingkatkan ilmu pengetahuan jurulatih dengan ilmu-ilmu baru,” katanya.

Mohd Shapian berkata kekecewaan pasukan sepak takraw negara di Sukan Sea  Jakarta bulan lepas sepatutnya dijadikan iktibar dan pengajaran untuk Malaysia  bangkit kembali dalam sukan itu.

– Bernama