Seramai 300,000 mohon jadi anggota sukarelawan KBS

Seramai 300,000 mohon jadi anggota sukarelawan KBS

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi program Rakan Muda sehingga kini menerima 300,000 permohonan daripada golongan belia di seluruh negara untuk menjadi sukarelawan.

Untuk borang penuh, sila layari: www.kbs.gov.my/kbsversiHBN2011/borang.pdf

 

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi program Rakan Muda sehingga kini menerima 300,000 permohonan daripada golongan belia di seluruh negara untuk menjadi sukarelawan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu berkata KBS meletakkan sasaran untuk mendapatkan satu juta sukarelawan menjelang akhir 2012 kerana jumlah yang besar itu dapat digunakan untuk memberi khidmat masyarakat seperti membantu mangsa banjir dan bencana alam.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Golongan belia dalam negara perlu mencontohi belia di Australia, contohnya program The Australian Youth Ambassadors for Development (AYAD) yang diasaskan pada 1998 mendapat sambutan baik daripada ramai belia di negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu persidangan media selepas merasmikan The International Symposium On Voluteerism as Catalyst for Nation Building anjuran Pusat Belia Antarabangsa, yang berlangsung sehingga Rabu ini, semalam.

See also  Malaysian AI badminton review system, Reveal Lens makes international debut

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Datuk Raja Ruslan Raja Samah. Gan berkata KBS juga menerima 400 permohonan untuk program My Corps yang melatih anggota sukarelawan menjadi pemimpin dalam sebuah kumpulan dan mempunyai kemahiran yang khusus ketika menghulurkan bantuan kesukarelawan pada masa depan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama