Banjir di Pahang semakin pulih

Banjir di Pahang semakin pulih

Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Pahang berkurangan kepada 321 orang tengah hari ini berbanding 686 orang pagi tadi.

Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Pahang berkurangan kepada 321 orang tengah hari ini berbanding 686 orang pagi tadi.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga jam 2 petang ini, mereka yang masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan terdiri daripada 65 keluarga dengan jumlah seramai 321 di dua daerah iaitu Kuantan dan Raub.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Seramai 480 orang dari 114 keluarga di daerah Rompin yang ditempatkan di empat pusat pemindahan telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing tengah hari ini berikutan kawasan penempatan mereka telah pulih sepenuhnya,” katanya kepada Bernama di sini.

Di Kuantan, hanya tinggal 74 mangsa yang terdiri daripada 14 keluarga yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan.

See also  51 Malaysians are missing in Nepal. Here is why this keeps happening.

Bagaimanapun bagi daerah Raub, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 247 orang berbanding 118 orang pagi tadi.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mangsa terbaru dari kampung Gali Tengah dan Kg Hulu Gali seramai 129 yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu di Dewan Gali Tengah, Dewan Gali Hilir dan balai raya Hulu Gali.

Sementara itu Jalan Bukit Serdang di Rompin dan Km 38 Jalan Ibam-Rompin yang ditutup kepada kenderaan ringan sebelum ini telah dibuka kepada semua laluankenderaan.

– Bernama