Warga emas mati ditembak ketika bersarapan

Warga emas mati ditembak ketika bersarapan

Seorang lelaki warga emas mati ditembak ketika sedang bersarapan bersama isterinya di sebuah restoran di Jalan Perkasa 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai hari ini.

Seorang lelaki warga emas mati ditembak ketika sedang bersarapan bersama isterinya di sebuah restoran di Jalan Perkasa 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan berkata Lee Shoo Toong, 60, yang tinggal di pangsapuri Taman Skudai Baru ditembak secara dekatoleh seorang lelaki bermotosikal yang berhenti di depan restoran tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Suspek yang memakai topi keledar melepaskan sedas tembakan dari arah belakang mangsa lalu mengenai dada kiri dan menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Ruslan berkata suspek kemudian terus melarikan diri bersama motosikalnya selepas melihat Lee rebah.

Beliau berkata isteri Lee masih terkejut dengan kejadian itu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

– Bernama