JPJ Negeri Sembilan buka tempahan nombor pendaftaran NCQ

JPJ Negeri Sembilan buka tempahan nombor pendaftaran NCQ

JPJ Negeri Sembilan membuka tempahan nombor pendaftaran kenderaan NCQ 1 hingga NCQ 999 kepada orang ramai mulai 8 Nov hingga 29 Nov.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan membuka tempahan nombor pendaftaran kenderaan NCQ 1 hingga NCQ 999 kepada orang ramai mulai 8 Nov hingga 29 Nov.

Pengarah JPJ negeri Saiful Azzri Hamzah berkata orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan nombor NCQ boleh memasuki tender di JPJ Seremban, JPJ Cawangan Jempol dan JPJ Cawangan Kuala Pilah.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Harga minima bagi nombor bernilai utama ialah RM10,000, nombor menarik RM2,000 dan nombor popular RM300, katanya hari ini.

Beliau berkata deposit yang dikenakan ialah 50 peratus daripada harga tempahan (bidaan) dan bayaran deposit boleh dibuat atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia melalui bank draf atau kiriman wang atau wang pos.

See also  ECRL Kuala Selangor alignment is 83% complete as port link nears

“Borang tempahan nombor pendaftaran secara tawaran boleh didapati di Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan atau laman web JPJ www.jpj.gov.my,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama