Dua buah KR1M dibuka di Negeri Sembilan setakat ini

Dua buah KR1M dibuka di Negeri Sembilan setakat ini

Dua buah ‘Kedai Rakyat 1Malaysia’ (KR1M) telah beroperasi di Negeri Sembilan setakat ini, kata pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan, Mohd Talal Abu Bakar.

Dua buah ‘Kedai Rakyat 1Malaysia’ (KR1M) telah beroperasi di Negeri Sembilan setakat ini, kata pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan, Mohd Talal Abu Bakar.

Katanya kedai KR1M yang pertama di negeri ini terletak di Port Dickson Gateway, Bandar Sunggala, Port Dickson yang dibuka pada 16 Nov lepas manakala terbaru dibuka hari ini di kawasan perusahaan Dioh, Kuala Pilah.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Berapa banyak lagi KR1M yang akan dibuka di negeri ini bergantung kepada  keputusan pihak pengurusan KR1M iaitu Mydin. Setakat ini, kita telah membuat  lawatan tapak ke 39 lokasi di seluruh negeri ini.

Keputusan membuka KR1M ini juga bergantung kepada kesesuaian lokasinya. Tidak semua kawasan sesuai dan ia bergantung kepada banyak faktor,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Talal berkata di antara kawasan yang dikenal pasti sesuai ialah Nilai, Ampangan dan Senawang manakala dua KR1M yang sedang dalam pembinaan ialah di  Bandar Springhill, Port Dickson dan Pekan Lukut.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Kita juga akan membuka KR1M di daerah dan satu kawasan yang dikenal pasti ialah di Simpang Durian, Jelebu. Kita akan terus mencari lokasi sesuai untuk KR1M di negeri ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah,” katanya.

KR1M, projek usahasama kerajaan dan Mydin, merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

– Bernama