Kedah mempunyai peruntukan cukup menghadapi banjir

Kedah mempunyai peruntukan cukup menghadapi banjir

Menteri Besar Kedah berkata kerajaan negeri mempunyai peruntukan mencukupi untuk membuat persediaan menghadapi banjir dan tidak memerlukan bantuan pusat.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata kerajaan negeri mempunyai peruntukan mencukupi untuk membuat persediaan menghadapi banjir dan tidak memerlukan bantuan pusat.

Beliau berkata berdasarkan persiapan yang dilakukan sekarang, peruntukan sedia ada memadai untuk menampung keperluan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Bagaimanapun Azizan berkata jika keadaan memerlukan, kerajaan Kedah akan membuat permohonan rasmi kepada kerajaan pusat.

Katanya lapan daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Baling, Kulim, Padang Terap, Bandar Baharu, Pendang dan Pokok Sena masing-masing akan menerima dua bot yang ditempah khas kerajaan negeri esok, untuk digunakan semasa banjir.

Beliau berkata kesemua bot tersebut yang bernilai hampir RM200,000 diperbuat daripada aluminium dan boleh membawa sembilan penumpang dewasa.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama