Stesen Meteorologi Ranau beroperasi tahun depan

Stesen Meteorologi Ranau beroperasi tahun depan

Stesen Meteorologi Ranau yang dijangka beroperasi Januari depan akan menjadi infranstruktur tambahan yang penting bagi mengumpul data kawasan pedalaman.

Stesen Meteorologi Ranau yang dijangka beroperasi Januari depan akan menjadi infranstruktur tambahan yang penting bagi Sabah terutama dalam mengumpul data kawasan pedalaman.

Data tersebut penting khususnya bagi pembangunan pertanian di daerah ini yang merupakan pengeluar sayuran tanah tinggi terbesar di Sabah, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Stesen ini dilengkapi sensor memantau gempa bumi dan data yang diperolehi akan dihantar terus ke pejabat negeri dan ibu pejabat di Petaling Jaya. Ini akan membolehkan pengurusan pembangunan pertanian yang cekap,” katanya selepas melawat tapak stesen, di sini hari ini.

Ketika lawatan itu, Ongkili mendengar taklimat mengenai kemajuan projek bernilai RM4.7 juta termasuk kos pengambilan tanah bagi membina jalan ke stesen tersebut.

Pembinaan stesen yang meliputi sebuah bangunan pejabat dan lima unit kuarters petugas kini 97 peratus siap, dan kelak akan dikendalikan enam tenaga kerja.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Stesen ini merupakan yang ketiga terbaru di Sabah selain di Keningau yang siap pada 2009 dan di Kudat yang siap tahun lepas. Tiga stesen sedia ada ialah di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

– Bernama