Kanak-kanak mati terjatuh longkang

Kanak-kanak mati terjatuh longkang

Chua Mui Chee, berkata anaknya sedang berjalan di belakangnya apabila dia terjatuh ke dalam lurang longkang tadahan hujan yang tidak mempunyai penutup.

Seorang kanak-kanak berumur lapan tahun matiĀ  lemas selepas jatuh ke dalam lurang longkang tadahan hujan sedalam 15 kaki di Kolombong, Inanam.

Chua Mui Chee, 30, berkata anaknya, Chua Soon Lee sedang berjalan di belakangnya apabila dia tergelincir dan terjatuh ke dalam lurang longkang tadahan hujan yang tidak mempunyai penutup.

Chua berkata anaknya menjerit meminta pertolongan sambil bergelut melawan arus air hujan dalam longkang tersebut.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam tiga petang selepas kedua anak-beranak sampai di Kolombong untuk melawat saudara.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian ini telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Anggota Bomba hanya Berjaya mengeluarkan mayat Chua selepas menyedut air keluar daripada longkan tadahan hujan tersebut.

See also  High divider accident raises safety concerns in Shah Alam

Jeffery George