Dewan Pemuda PAS meminta semua Pemuda PAS negeri membatalkan perhimpunan bagi membantah program ‘Seksualiti Merdeka’, Jumaat.
Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata pembatalan itu ekoran pengumuman polis hari ini mengenai pengharaman semua aktiviti program itu, yang bermula dua hari lepas hingga 13 Nov.
“Dewan Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada polis kerana bertindak pantas kerana program itu dilihat berpotensi mencemar imej Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Dewan Pemuda PAS sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan itu di semua Masjid Negeri, Jumaat.
– Bernama