Seorang anggota polis cedera setelah dipercayai tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Seremban 2, petang ini.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang ketika anggota berpangkat koperal dari cawangan trafik itu berada seorang diri di situ.
Beliau dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar untut mendapat rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas.
– Bernama