Pemeriksaan terowong SMART sentiasa dilakukan

Pemeriksaan terowong SMART sentiasa dilakukan

Smart memantau sistem kawalan banjir terowong pada setiap hari bagi menjamin keberkesanannya dalam mencegah kejadian banjir di ibu negara.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) memantau sistem kawalan banjir terowong Smart pada setiap hari bagi menjamin keberkesanannya dalam mencegah kejadian banjir di ibu negara, kata Pegawai Perhubungan Awam Smart Mohd Noor Mohd Ali.

Sistem itu juga diselenggara setiap bulan agar berada dalam keadaan “sentiasa bersedia” untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir, katanya.

Beliau berkata sistem kawalan banjir Smart akan menerima isyarat kecemasan sejam awal daripada Jabatan Pengairan dan Saluran Air (JPS) apabila berlakunya banjir di sekitar ibu negara.

“Sebaik kita terima isyarat tersebut, kita akan segera menutup terowong Smart kepada lalu lintas untuk membolehkan pengaliran air ke kawasan terowong,” katanya.

See also  Yayasan Suria and Ihsan Johor aid Kelantan flood victims

Smart juga telah mempertingkatkan komunikasi dengan JPS bagi mendapatkan informasi terkini keadaan paras air dan aliran air Sungai Klang.

“Sejurus isyarat dikeluarkan, pengguna jalan raya akan mendapatkan informasi keadaan semasa ke semasa melalui stesen radio dan makluman penutupan terowong turut dipaparkan melalui Variable Message System di kawasan yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Orang awam dan pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa melayari laman sesawang http://www.smarttunnel.com.my/ atau melayari Twitter dan Facebook bagi mendapatkan informasi keadaan laluan terowong dengan lebih cepat.

Sementara itu, ramalan cuaca di ibu negara oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam laman sesawangnya untuk tempoh seminggu mulai hari ini meramalkan beberapa kawasan utama di Kuala Lumpur mengalami ribut petir pada sebelah petang, mendung pada sebelah pagi dan hujan pada sebelah malam.

See also  Yayasan Suria and Ihsan Johor aid Kelantan flood victims

Antara kawasan yang diramalkan mengalami ribut petir ialah Sungai Besi, Jalan Duta, Kepong, Selayang, Setapak, Bangsar, Bukit Bintang, Ampang dan Cheras.

– Bernama