Pengurus pusat karaoke mati ditembak

Pengurus pusat karaoke mati ditembak

Seorang pengusaha sebuah pusat karaoke dan kedai dobi mati ditembak di depan rumahnya di Taman Hijau, Sitiawan, malam tadi.

Seorang pengusaha sebuah pusat karaoke dan kedai dobi mati ditembak di depan rumahnya di Taman Hijau, Sitiawan malam tadi.

Peniaga berusia 31 tahun yang dikenali sebagai Kelvin itu ditembak pada kira-kira pukul 10 malam.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menjalankan siasatan dan setakat ini belum ada suspek
ditangkap.

“Polis masih menyiasat dan sedang mencari pertunjuk kes itu dan tidak mahu siasatan terganggu,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu seorang jiran lelaki itu, berkata mangsa dibawa ke hospital oleh seorang lagi jiran yang ternampak beliau terbaring berlumuran darah di hadapan rumah.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau berkata mangsa yang mengalami kesan luka di beberapa bahagian badan mati di Hospital Seri Manjung.

Beliau berkata Kelvin adalah anak bekas pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di sini.

Seorang lagi jiran yang juga enggan dikenali berkata sebelum mangsa ditemui, beberapa bunyi letupan kedengaran.

“Saya sedang berehat di rumah, kedengaran lima das letupan di hadapan rumah…mulanya saya ingatkan bunyi mercun sempena Deepavali, tapi sangkaan saya meleset apabila mendapati mangsa terbaring di hadapan rumah dengan berlumuran darah,” katanya.

– Bernama