Polis cari Amil Fitrah yang gagal serah wang kutipan

Polis cari Amil Fitrah yang gagal serah wang kutipan

Polis mencari seorang lelaki yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai Amil Fitrah kerana gagal menyerahkan wang kutipan kepada majlis tersebut.

Polis mencari seorang lelaki yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya kerana gagal menyerahkan wang kutipan kepada majlis tersebut.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor Supt Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata Redzuan Mohd Said, kad pengenalan 830803-01-5859 yang beralamat terakhir di No.5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya dipercayai membuat kutipan zakat sebanyak RM18,000.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 14 tahun, sebat dan denda, jika disabit kesalahan.

Polis turut mencari Mohd Syafiq Ram Abdullah (711204-07-5591) beralamat terakhir di No C3-02-02, Kediaman Pegawai Tentera RKAT, Jalan Indah Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Dia diperlukan bagi membantu siasatan bersabit tiga kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mohd Luthfi berkata lelaki itu menawarkan kepada mangsa penjualan kereta baru yang berharga lebih murah daripada harga pasaran.

Namun selepas mangsa membuat pembayaran, suspek tidak menyerahkan kereta berkenaan dan terus tidak dapat dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan didenda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua kes boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Kulai Jaya talian 07-6632222 sambungan 6436.

– Bernama