Rumah Prima perlu diberi dengan adil dan telus

Rumah Prima perlu diberi dengan adil dan telus

Kerajaan seharusnya mengagihkan rumah seperti ini kepada rakyat dengan adil dan telus.

Photo by ~gabrielfam

Oleh Khaulah Azwar

Ramai rakyat Malaysia menggigit jari terutamanya golongan muda apabila pengumuman yang dibuat Perdana Menteri (PM), Najib Abdul Razak baru-baru ini dalam Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA) hanya diberikan kepada masyarakat yang tinggal di sekitar Putrajaya dan kakitangan Kerajaan sahaja, kata Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Mengulas lanjut, Program (PRIMA) yang diumumkan di peringkat awal kepada semua warga untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah memiliki rumah dalam usia muda dan tidak perlu menyewa dalam jangka masa yang panjang amatlah dinantikan tetapi malangnya apabila diteliti hanya diberikan kepada masyarakat yang tinggal di sekitar Putrajaya dan kakitangan Kerajaan sahaja diberikan keutamaan. Pemberian seperti ini ibarat seperti pilih bulu dan tidak ikhlas untuk membantu rakyat.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Saya juga ingin menegaskan agar Kerajaan Pusat (UMNO-BN) harus memberi jaminan untuk mewujudkan lebih banyak rumah seperti begini dan wajib dilaksanakan dengan terbuka serta adil kepada orang ramai yang layak menerimanya tanpa mengira Parti, Kakitangan Kerajaan dan Penduduk sekitar Putrajaya sahaja.

Nurul Izzah Anwar yang juga merangkap Naib Presiden PKR berkata ketika menghadiri majlis perkahwinan Muneerah Sharudin di sini.

Katanya lagi, Permohonan PRIMA tidak perlu diskriminasikan kepada golongan tertentu kerana pada awalnya apabila pengumuman dibuat Najib tidak pula menyatakan syarat-syarat diskriminasi sedemikian.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Kerajaan seharusnya mengagihkan rumah seperti ini kepada rakyat dengan adil dan telus”, katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Najib bahawa fasa pertama program itu yang diadakan di Putrajaya mendapat sambutan hangat sehingga menerima 7000 permohonan dan memperolehi langganan lebih 13 kali.

Turut hadir meraikan majlis perkahwinan puteri kepada Haniza Mohamed Talha, isteri Menteri Besar Selangor, Salbiah Tunut, Teresa Kok, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian dan Perdagangan, ADUN Seri Muda, Suhaimi Shafiei, Zuraidah Kamaruddin Timbalan Pengerusi PKR Negeri.