Batal Himpun demi mengelakkan ketegangan agama

Batal Himpun demi mengelakkan ketegangan agama

Angkatan Warga Aman Malaysia menyeru agar penganjur Himpunan Sejuta Umat segera membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam.

Oleh Barathidasan Saminathan, Sekretariat, Angkatan Warga Aman Malaysia

Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN) mewakili lebih daripada 20 pertubuhan badan bukan kerajaan kaum India menyeru agar penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) segera membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketengangan agama.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn citizen journalism with AI tools, get published on cj.my, and earn up to RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting July 2026 · KL / JB / Penang

WargaAMAN percaya perhimpunan ini boleh mencetuskan suasana tidak selesa antara komuniti berlainan agama, merenggang hubugan baik semua masyarakat di tanah air ini yang kita cintai.

Ia juga akan menjejaskan usaha murni Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak, pemimpin-pimpin dan kerajaan BN mempromosikan 1Malaysia demi kesejahateraan, persefahaman dan keharmonian kaum.

WargaAMAN juga berpendapat bahawa perhimpunan itu dibimbangi akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

See also  Wesak celebration strengthens community spirit through service

Saya juga ingin merakamkam rasa kesal terhadap pihak polis dan kerajaan Barisan Nasional yang mengamalkan double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang sama-sekali perhimpunan BERSIH 2.0 berhimpun walaupun dengan jumlah yang kecil.

WargaAMAN menyeru agar kerajaan Barisan Nasional dan pihak polis perlu bersikap adil sewaktu mengambil tindakan membatalkan perhimpunan Bersih 2.0, jadi langkah yang sama perlu di kena kan terhadap penganjur HIMPUN.

Maka secara automatik rakyat akan menaruh lebih kepercayaan diatas kredibilit Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan BN.