Dikir Barat mania di Kelantan

Dikir Barat mania di Kelantan

Acara ini merupakan yang pertama kalinya dilaksanakan di Kompleks JKKN Kelantan yang bernilai RM20 juta.

Temasya Dikir Barat Kelantan, Festival dan Seminar Kebangsaan Tradisi Lisan dan Keusahawanan Warisan telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada 17 Oktober 2011 di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kota Bharu.

Temasya ini dianjurkan bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia, dan dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan.

Turut berkersama untuk menjayakan temasya ini ialah Universiti Malaysia Kelantan.

Acara ini merupakan yang pertama kalinya dilaksanakan di Kompleks JKKN Kelantan yang bernilai 20 juta ringgit.

Video by Lim Hock Seng, Citizen Journalist

 

See also  IPC celebrates Raya with "Bestnya Raya Stail Saya"

Lim Hock Seng