Proton: Isu cermin tingkap automatik selesai

Proton: Isu cermin tingkap automatik selesai

Proton hari ini memberi jaminan seumur hidup cermin tingkap automatik untuk semua model kereta buatan syarikat perusahaan tersebut.

Proton hari ini memberi jaminan seumur hidup cermin tingkap automatik untuk semua model kereta buatan syarikat perusahaan tersebut.

Pengarah urusan syarikatnya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, jaminan seumur hidup itu merangkumi semua model baru proton didaftarkan 1 September tahun ini.

“Selain itu, jaminan itu termasuk model terkini didaftarkan dan mempunyai waranti terhad jarak  250,000 km atau 10 tahun pertama penggunaan kereta,” katanya pada sidang media di Subang Jaya, sebentar tadi.

Bercakap kepada pemberita, Syed Zainal Abidin berkata waranti jaminan itu hanya sah bagi semua jenis model kereta Proton dijual dalam negara ini.

Menurutnya, waranti itu mencakupi empat komponen berkaitan cermin pintu automatik kenderaan tersebut.

“Cermin kereta regulator (power window regulator), motor cermin kereta (power window motor), suis cermin kereta (power window switch) dan (power window run channel),” katanya.

Jelas Syed Zainal Abidin, pihaknya mengambil masa untuk memperbaiki servis dan mutu perkhidmatan bagi memperbetulkan persepsi orang ramai memberi kritikan memandangkan isu cermin pintu dihadapi pengguna Proton sudah dua dekad lama.

“Akhir sekali mesej utama kami ringkas, sekiranya anda beli kereta proton hari ini, sila pastikan cermin pintu automatik berfungsi dengan baik, jika rosak, kami janji gantikan dengan baru,” katanya.