Kakitangan MPK harumkan nama negara

Kakitangan MPK harumkan nama negara

Pasangan itu muncul juara muncul juara beregu campuran dalam Kejohanan Merdeka Asia Pasifik Sime Darby 6 yang diadakan di Bayuemas baru-baru ini.

Pasangan Noor Zafirah Mohd Noor dan Azwan Suhaimi yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) muncul juara beregu campuran dalam Kejohanan Merdeka Asia Pasifik Sime Darby 6 yang diadakan di Bayuemas baru-baru ini.

Lebih membanggakan, Noor Zafirah meraih kejayaan cemerlang apabila turut memenangi acara perseorangan wanita sebelum bergandingan bersama Azwan menumpaskan pasangan India pada perlawanan akhir.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn citizen journalism with AI tools, get published on cj.my, and earn up to RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting July 2026 · KL / JB / Penang

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, kejayaan mereka merupakan pencapaian terbaik kakitangan majlis dalam mengharumkan nama negara khususnya pertandingan di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan pasangan ini begitu cemerlang kerana ia membawa nama negara ke persada dunia dan majlis sentiasa memberi sokongan terhadap apa jua kegiatan sukan yang disertai oleh atlit MPK.

See also  World Cup 2026: The Mamak Guide to watching every match

“Malah ia juga memberi motivasi kepada rakan atlit lain untuk meneruskan kecemerlangan MPK khususnya dalam bidang sukan tidak kira di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Azwan yang juga kakitangan Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam (JKPA) berkata kejayaan itu adalah rentetan kecemerlangan apabila turut menjuarai Kejohanan Boling Padang Individu Kebangsaan 2011 yang diadakan sebelum ini.

Menurutya, sokongan majlis dan JKPA banyak membantu beliau mengekalkan prestasi seterusnya memberi kejayaan kepada negara serta pada masa yang sama memperkuatkan skuad boling padang MPK untuk kejohanan akan datang.