Alam Sekitar: Kakitangan MPK guna basikal hantar surat

Alam Sekitar: Kakitangan MPK guna basikal hantar surat

Penggunaan basikal merupakan salah satu usaha MPK dalam menerapkan kesedaran menjaga alam sekitar melibatkan kenderaan yang dikenalpasti sebagai penyumbang kepada pencemaran bumi sejak kebelakangan ini.

Menjimatkan, mesra alam dan mudah digunakan.Itulah yang dapat digambarkan apabila basikal mesra alam yang digunapakai Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam (JKPA) Majlis Perbandaran Klang dalam urusan penghantaran surat sekitar kawasan itu.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, penggunaan basikal merupakan salah satu usaha majlis dalam menerapkan kesedaran menjaga alam sekitar melibatkan kenderaan yang dikenalpasti sebagai penyumbang kepada pencemaran bumi sejak kebelakangan ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, selain itu, basikal ini bukan sahaja menjimatkan malah ia juga mampu bergerak seperti kenderaan biasa dan hanya perlu dicaj sebelum digunakan serta mampu membawa muatan dengan kuantiti yang mencukupi ketika kerja-kerja penghantaran dilakukan.

” Penggunaan basikal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar khususnya di bandar di raja ini.

See also  Penang wetland hosts 20,000 migratory birds each season

“ Malah penggunaannya yang ringkas dan santai bakal menjadi dimensi baru majlis dalam melahirkan kakitangan yang mementingkan alam sekitar di samping menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Ikhsan berkata, penggunaan basikal itu juga merupakan langkah awal pihaknya menggalakkan kakitangan dan penduduk menggunakan basikal ke tempat kerja masing-masing dan dalam urusan seharian mereka.

Menurutnya, usaha JKPA itu wajar menjadi contoh oleh semua pihak dan berharap ia akan diperluaskan ke setiap jabatan kerana ia menepati pelbagai ciri kebersihan,penjimatan dan keselesaan dalam urusan kerja di pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya di kawasan ini.

Sementara itu, Ikhsan menjelaskan bagi kawasan sempit dan lokasi sukar untuk dimasuki oleh lori, MPK memperkenalkan transikal untuk kerja-kerja pembersihan di situ.

See also  GE Aerospace volunteers remove 142kg of waste from Bagan Lalang

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan juga semakin efisien kerana trasikal itu akan memudahkan aktiviti mengutip sampah terutama di kawasan pusat bandar tanpa menyebabkan halangan lalu lintas.

“Transikal ini juga mampu mengumpulkan sampah-sampah kecil dalam kuantiti yang banyak berbanding cara yang sedia selain menjimatkan kos dan pada masa yang sama memudahkan proses kerja terutama melibatkan aktiviti gotong-royong,” katanya.