Jururawat muda wajar diberi pendedahan khusus penjagaan bayi

Jururawat muda wajar diberi pendedahan khusus penjagaan bayi

Jururawat hospital swasta disaran mempelajari dan diberi pendedahan khusus berhubung cara penjagaan dan rawatan bayi selepas kelahiran.

Jururawat hospital swasta disaran mempelajari dan diberi pendedahan khusus berhubung cara penjagaan dan rawatan bayi selepas kelahiran.

Ia berikutan aduan diterima daripada salah seorang bapa memberitahu jururawat muda kurang pengalaman menjaga bayi baru lahir.

Beliau tidak mahu namanya disiarkan berkata, baru-baru ini, isterinya telah melahirkan bayi perempuan kedua di salah sebuah hospital swasta.

” Masalah dihadapi apabila setiap kali bila bayi menangis jururawat tidak tahu cara untuk mengatasi masalah tersebut dan terus memberikan bayi kepada isterinya masih terlantar di katil.

“Kemungkinan faktor utama disebabkan mereka (jururawat) tiada atau kurang pengalaman untuk menjaga dan merawat bayi baru lahir.

“Situasi itu nyata berbeza dengan jururawat berpengalaman atau bidan di klinik kerajaan dan kampung,” katanya.

See also  UniRazak recognised for educational excellence

Menurutnya, tidak guna ribuan jururawat muda berada di pasaran tetapi tiada kualiti.

” Saya berharap pihak universiti dan kolej menawarkan kursus bidang perubatan memberikan latihan praktikal secukupnya kepada jururawat muda dengan lebih mendalam cara penjagaan dan rawatan bayi baru lahir,” katanya.