Wakil Kampung Buayan temui pegawai Sabah Bio-Diversity Centre

Wakil Kampung Buayan temui pegawai Sabah Bio-Diversity Centre

Wakil komuniti Kampung Buayan telah menghantar satu surat jemputan kepada Sabah Bio-Diversity Centre untuk menjemput mereka mengadakan satu sessi penerangan mengenai Rizab Biosfera Banjaran Crocker.

Wakil komuniti Kampung Buayan baru-baru ini telah menghantar satu surat jemputan kepada Sabah Bio-Diversity Centre (SABC) untuk menjemput mereka mengadakan satu sessi penerangan mengenai Rizab Biosfera Banjaran Crocker (CRBR)

Surat jemputan yang diterima oleh Pegawai Pentadbir SABC, Syahrin Samsir, tersebut mengandungi nama dan tandatangan penduduk kampung yang mahu sesi penerangan tersebut diadakan.

Selepas penerimaan surat permintaan daripada wakil komuniti Kampung Buayan, Syahrin memaklumkan bahawa program taklimat tersebut sepatutnya diadakan pada bulan Julai yang lalu tetapi telah ditunda sebanyak dua kali selepas itu.

Menurut Syahrin, penundaan tersebut disebabkan oleh pihak SABC, Taman-Taman Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat-Pejabat Daerah, Japan International Cooperation Agency (JICA), dan Universiti Malaysia Sabah (UMS ) terpaksa memberikan fokus penuh pada taklimat Pengerusi JKKK dan Ketua-Ketua Kampung yang jumlahnya hampir 400 buah kampung.

See also  Malaysians overwhelmingly support end to single-use plastics

Syahrin juga memaklumkan bahawa pihak pasukan taklimat CRBR sebenarnya telah menetapkan tarikh 18 Oktober 2011 sebagai tarikh untuk menganjurkan satu taklimat khusus berkenaan pencalonan Rizab Biosfera Banjaran Crocker kepada komuniti di Kg. Buayan Ulu Papar bertempat di Balai Raya Kg Buayan, Penampang.

Komuniti Ulu Papar diwakili oleh Theresia John, Patricia John dan juga Raymond Sipanis.