Pasangan suami isteri ditemui mati di kebun

Pasangan suami isteri ditemui mati di kebun

Sepasang suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh, di kebun getah, Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Yam, Selangor awal pagi ini.

Sepasang suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh, di kebun getah, Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Yam, Selangor awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Afendy berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai L. Ramasandram, 57, dan isterinya A. Bakiam, 51, ditemui orang awam pada pukul 5.40 pagi dan kemudiannya menghubungi polis.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya kedua-dua mangsa adalah penoreh getah di kebun tersebut dan polis turut menemui sebuah motosikal kepunyaan mangsa di tempat kejadian.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di atas tanah merah, dengan kesan tetakan pada bahagian kepala dan kedua-dua tangan mangsa, kata beliau.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Norel Azmi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

– Bernama