Tune Hotels sasar memiliki 100 hotel menjelang 2015

Tune Hotels sasar memiliki 100 hotel menjelang 2015

Tune Hotels menyasarkan untuk memiliki rangkaian 100 hotel di Malaysia dan seberang laut menjelang 2015, kata ketua pegawai eksekutifnya, Mark Lankester.

Tune Hotels menyasarkan untuk memiliki rangkaian 100 hotel di Malaysia dan seberang laut menjelang 2015, kata ketua pegawai eksekutifnya, Mark Lankester.

Beliau berkata syarikat itu akan melabur US$5 juta hingga US$15 juta dalam sebuah hotel dengan 150 bilik ke atas.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Lankester berkata tahun depan, Tune Hotels merancang untuk membuka 25 hingga 30 hotel di peringkat antarabangsa, termasuk masing-masing lima di Indonesia,

Thailand dan Filipina, selain empat atau lima di Malaysia.

“Pada masa ini, kami ada 13 hotel, termasuk dua di Bali, Indonesia dan satu di England.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Di Malaysia kami ada hotel di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Lapangan Terbang KLIA-LCCT, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Damansara, Bintulu, Kota Bharu dan kini Kulim,” katanya kepada pemberita selepas upacara pembukaan Tune Hotel Kulim, yang terletak dekat Kulim Landmark Central, hari ini.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Presiden Majlis Perbandaran Kulim, Mohd Zohdi Saad, merasmikan pembukaan hotel itu.

Lankester berkata Tune Hotel Kulim merupakan hotel keduanya di kawasan utara selepas Pulau Pinang dan yang pertama di Kedah.

“Kami sentiasa berkata di Malaysia kami mahu menyediakan liputan paling lengkap bagi pengembara dan ahli perniagaan dan pembukaan Tune Hotel Kulim merupakan selangkah lagi ke arah itu,” katanya.

Lancaster berkata Tune Hotel menjadi perintis bagi hotel berjenama dengan konsep ‘bayar bila guna’ yang menjadi amat popular di kalangan pengembara dari seluruh dunia.

“Di bawah konsep itu, tetamu-tetamu hanya membayar bagi kadar bilik dengan pilihan menambah kemudahan lain seperti tuala, alat dandanan, penyaman udara, WIFI dan TV satelit dalam bilik serta hotel-hotel terpilih,” katanya.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Sempena perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Tune Hotels kini mengadakan promosi khas dengan menawarkan bilik-bilik hotelnya di Malaysia dari serendah RM1 semalam, manakala di Bali RP10,000 semalam.

Kadar promosi ini boleh didapati berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’, bagi tempoh penginapan dari 1 Jun, 2012 hingga 31 Ogos, 2012. Tempahan berakhir pada 30 Sept.

– Bernama