Kira-kira 60 penduduk Flat Taman Permata, Dengkil mengadakan demonstrasi aman dengan berhimpun di luar perkarangan bangunan SUK, Shah Alam pagi tadi.
Penduduk yang dilihat mula berkumpul kira-kira jam 10.30 pagi itu membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘MB selamatkan kami dari malapetaka BN’, ‘tiada CF, PNSB suruh bayar’, ‘Flat tidak selamat dihuni’.
Sejurus 5 minit kemudian, mereka berarak memasuki bangunan SUK Shah Alam untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.
Memorandum itu mengandungi tiga tuntutan berhubung masalah perumahan penduduk flat yang tiada jalan penyelesaian sejak tahun 1999 semasa pembinaan Putrajaya.
Namun begitu, hanya 15 orang dibenarkan berjumpa dengan exco kerajaan Selangor itu.
Ditemui selepas perjumpaan, Wakil JERIT, R Thevarajan berkata dalam memorandum itu, penduduk menuntut Kerajaan Selangor memberikan tanah untuk membina rumah teres alternatif bagiĀ penduduk yang merupakan bekas pekerja ladang yang diusir semasa pembinaan Putrajaya.
Menurutnya, sehingga rumah alternatif dibina, kerajaan negeri harus memastikan kemudahan di flat berada dalam keadaan baik.
“PNSB merupakan anak syarikat kerajaan Selangor mesti menghentikan tuntutan pembayaran daripada penduduk dan menghentikan semua bentuk gangguan dan ugutan,” katanya.
Ditanya mengenai keputusan hasil perbincangan, R Thevarajan berkata, Dr Xavier telah berjanji SPNB tidak akan mengeluarkan notis menuntut pembayaran daripada penduduk.
Mengulas isu penyelenggaran, menurutnya beberapa orang akan dipanggil untuk menyelesaikan isu bangunan retak, lubang dibawah blok menyebabkan flat mendap serta sistem perparitan dan kumbahan.
” Berkenaan isu tanah pula, pada mulanya kerajaan negeri mencadangkan tanah seluas 5 ekar, tetapi dibantah oleh penduduk yang berpendapat tidak sesuai membina rumah teres mempunyai kepadatan lebih 200 orang penduduk.
” Dr Xavier bersetuju untuk berbincang dengan Menteri besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dalam tempoh terdekat, ini adalah janji YB,” katanya.
Ditanya bila tarikh jawapan diberikan, katanya, setakat ini masih belum diputuskan.
” Isu pertama yang wajib difokuskan buat masa sekarang adalah berkenaan penyelenggaran dan SPNB, di mana YB bersetuju menyelesaikan dalam tempoh terdekat.
“Manakala isu tanah kita berikan masa kepada YB untuk berbincang dengan menteri besar,” katanya.
Ditanya mengenai keputusan hasil perbincangan, R Thevarajan berkata, Dr Xavier telah berjanji SPNB tidak akan mengeluarkan notis menuntut pembayaran daripada penduduk.
Mengulas isu penyelenggaran, menurutnya beberapa orang akan dipanggil untuk menyelesaikan isu bangunan retak, lubang dibawah blok menyebabkan flat mendap serta sistem perparitan dan kumbahan.
” Berkenaan isu tanah pula, pada mulanya kerajaan negeri mencadangkan tanah seluas 5 ekar, tetapi dibantah oleh penduduk yang berpendapat tidak sesuai membina rumah teres mempunyai kepadatan lebih 200 orang penduduk.
” Dr Xavier bersetuju untuk berbincang dengan Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam tempoh terdekat, ini adalah janji YB,” katanya.