Pembangunan fizikal harus seimbang pembangunan rohani, titah Agong

Pembangunan fizikal harus seimbang pembangunan rohani, titah Agong

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah kesejahteraan yang dikecapi negara ini akan berterusan sekiranya pembangunan fizikal sentiasa diseimbangkan dengan pembangunan rohani.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah kesejahteraan yang dikecapi negara ini akan berterusan sekiranya pembangunan fizikal sentiasa diseimbangkan dengan pembangunan rohani.

Titah baginda walaupun pembangunan fizikal penting memandangkan ia satu keperluan untuk pencapaian ekonomi yang lebih baik, namun pembangunan rohani yang menzahirkan rakyat yang tahan uji, berdisiplin dan bermoral adalah juga
sama penting.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Justeru itu, rakyat sewajarnya mempunyai semangat jati diri tinggi bagi memantapkan lagi ekonomi negara,” titah baginda pada majlis santapan DiRaja di Istana Alam Shah, malam tadi sempena lawatan rasmi tiga hari baginda ke
Selangor bermula hari Rabu.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta
Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Baginda bertitah bagi menjamin Malaysia dapat meneruskan agenda pembangunannya, rakyat perlu menjana perpaduan, keharmonian dan kestabilan ke tahap lebih baik.

“Jika tidak ada kestabilan dan keharmonian, kemudaratan akan dirasai oleh kita semua baik muda ataupun tua tanpa membezakan keturunan atau agama,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong bertitah pembangunan pesat di Selangor adalah hasil pembangunan yang dirancang dengan teliti dan teratur sejak negara mencapai kemerdekaan.

Pengalaman kerajaan Selangor, yang antara lain mengatasi kemiskinan di negeri itu harus diteladani negeri lain bagi mencapai kejayaan  pesat, titah baginda.

– Bernama