Hantar SMS kurang sopan, denda RM100

Hantar SMS kurang sopan, denda RM100

Gara-gara menghantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) kurang sopan kepada seorang wanita berusia 23 tahun, seorang
penganggur dikenakan denda RM100 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Gara-gara menghantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) kurang sopan kepada seorang wanita berusia 23 tahun, seorang
penganggur dikenakan denda RM100 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Hafizza Sauzi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Khir Baharuddin, 45, dari Kampung Segambut Tengah, di sini, selepas dia mengaku bersalah menghantar tiga SMS kurang sopan kepada wanita itu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Blok 37-01-15 Perumahan Awam Seri Johor, Cheras, kira-kira pukul 9.30 pagi, 8 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa kepada hukuman denda maksimum RM100.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim memohon hukuman yang setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, tidak mengemukakan sebarang rayuan. Tertuduh menjelaskan denda berkenaan.

– Bernama