Ikrar sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung semalam di Stadium Merdeka mendapat sambutan yang luar biasa kerana kehadiran orang ramai yang tidak diganggu sebarang provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
Peserta berkumpul di beberapa lokasi yang telah di tetapkan sebelum bergerak ke Stadium Merdeka yang dibuka pada jam 12.30 tengah hari. Kehadiran peserta yang ramai tidak dapat ditampung oleh kapasiti Stadium Merdeka yang hanya memuatkan 30,000 tempat duduk dan 70,000 terpaksa duduk di atas padang dan tepi stadium.
Di luar stadium pula dijangkakan melebihi 100,000 orang yang tidak dapat masuk. Himpunan semalam berakhir jam 5.00 petang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Kerjasama dari pihak Polis Di Raja Malaysia dan Unit Amal Malaysia mengawal keadaan lalu lintas kelancaran perjalan program tersebut mendapat pujian orang ramai