Dasar keselamatan siber negara perlu dikaji semula

Dasar keselamatan siber negara perlu dikaji semula

Cyber Security Malaysia mencadangkan Dasar Keselamatan Siber Negara (DKSN) sedia ada dikaji semula dengan memberikan penekanan khusus kepada elemen dan strategi pendidikan.

Cyber Security Malaysia mencadangkan Dasar Keselamatan Siber Negara (DKSN) sedia ada dikaji semula dengan memberikan penekanan khusus kepada elemen dan strategi pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Husin Jazri berkata, penekanan kepada elemen pendidikan itu adalah perlu kerana menerusi pendidikan, ia boleh menghindar pengguna daripada ditipu dan dimanipulasi di alam siber.

DKSN yang ada sekarang lebih tertumpu kepada keselamatan aset-aset negara tetapi amat kurang kepada aspek melindungi keselamatan pengguna internet negara serta strategi-strategi untuk membantu mereka, katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24.

“Melihat kepada peningkatan insiden keselamatan siber yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, maka saya fikir sudah tiba masanya DKSN dikaji semula.

“Malahan, saya difahamkan kajian semula ke atas DKSN ini mendapat perhatian kerajaan dan sedang dipertimbangkan,” katanya.

Husin juga berkata Cyber Security Malaysia tidak akan menetapkan sebarang Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menurunkan insiden keselamatan siber memandangkan sepanjang tempoh 10 tahun lalu, perangkaan menunjukkan peningkatan sekali atau dua kali ganda.

Sebaliknya, kata beliau, Cyber Security Malaysia hanya menyasarkan pengurangan kadar kenaikan insiden keselamatan siber daripada paras sedia ada sekarang iaitu 147 peratus kepada 50 peratus.

“Sasaran itu sudah memadai dan boleh dianggap berjaya berikutan kekangan tertentu yang dihadapi oleh Cyber Security Malaysia,” katanya.

– Bernama