Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka

Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihati orang ramai tidak melakukan pembakaran secara terbuka berikutan keadaan jerebu melanda negara ini sejak dua hari lalu.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihati orang ramai tidak melakukan pembakaran secara terbuka berikutan keadaan jerebu melanda negara ini sejak dua hari lalu.

Menurut sumber JAS, indeks pencemaran udara di Shah Alam mencatatkan nilai tertinggi 84 peratus berbanding negeri lain.

“Sehingga kini, ianya dilaporkan masih dalam keadaan stabil pada jam 11 tengahari tadi,” ujar sumber JAS ketika dihubungi hari ini.

Ditanya punca jerebu berlaku, menurut sumber, masalah jerebu berpunca daripada kesan pembakaran di Indonesia, Sumatera Selatan, Jambi dan Riau di mana arah angin ke tenggara melencong pergi ke barat daya (Malaysia) beberapa hari.

Orang ramai boleh menghubungi talian aduan 03-8889 1972 atau hotline 1-800-88-2727 sekiranya mendapati berlaku pembakaran terbuka.

See also  Stemcell First revolutionises cancer care and prevention

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.doe.gov.my.