Perarakan kereta klasik meriahkan Karnival Tanglung 2011

Perarakan kereta klasik meriahkan Karnival Tanglung 2011

Perarakan kereta klasik dan basikal tua adalah antara beberapa acara menarik yang akan menyerikan lagi Karnival
Tanglung 2011 di Kampung Cina yang akan diadakan dari 9 hingga 16 September di Pulau Warisan, Terengganu.

Perarakan kereta klasik dan basikal tua adalah antara beberapa acara menarik yang akan menyerikan lagi Karnival
Tanglung 2011 di Kampung Cina yang akan diadakan dari 9 hingga 16 September di Pulau Warisan, Terengganu.

Pengerusi karnival Toh Chin Yaw berkata karnival itu juga akan dimeriahkan  dengan permainan wau berbentuk penyu yang dihasilkan oleh penduduk Kampung Penarik, Setiu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Selain itu, kita juga akan mengadakan persembahan opera Cina yang pertama kali diadakan di negeri ini dalam usaha untuk menghidupkan kembali tradisi masyarakat Tionghua terdahulu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Toh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bandar berkata sempena karnival itu, aktiviti menyusuri Sungai Terengganu pada waktu malam dan pertandingan fotografi akan diadakan.

See also  Puspakom to open seven days a week, eyeing 24-hour rollout

Belia berkata karnival berkenaan juga mampu menjadi satu medium terbaik menyatupadukan lagi rakyat di negeri ini yang mana ia bukan sahaja akan disertai oleh kaum Cina, tetapi juga pelbagai kaum lain seperti Melayu, India, dan Siam
menerusi penglibatan dalam acara yang diadakan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Toh menjangka lebih 10,000 orang akan mengunjungi karnival yang akan  dimasukkan dalam kalender pelancongan negeri itu yang mendapat kerjasama kerajaan negeri.

– Bernama