BAE Systems, satu peneraju pertahanan dan keselamatan global, telah melancarkan laman web Bahasa Malaysia bagi
mempromosikan manfaat pesawat Eurofighter Typhoonnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, BAE Systems berkata laman web itu disasarkan kepada sesiapa saha yang ingin memahami lebih lanjut mengenai BAE Systems dan kenapa Eurofighter Typhoon merupakan penyelesaian yang betul bagi Malaysia.
“Sebagai tambahan memberi maklumat latar belakang mengenai BAE Systems, ia memberi fokus pada keupayaan pesawat itu dan menyediakan maklumat lanjut mengenai program kerjasama ketenteraan terbesar Eropah,” kata syarikat itu.
BAE Systems, bagi pihak konsortium Eurofighter – Cassidian dari Jerman danĀ Sepanyol, bersama-sama dengan Alenia Aeronautica dari Itali – mencadangkan pesawat Typhoon sebagai penyelesaian kepada keperluan Malaysia bagi Pesawat
Tempur Jarak Sederhana yang baharu.
– Bernama