Kekacauan untuk mendapatkan borang baucar RM200

PULAU PINANG – Satu kekecohan telah berlaku di Bangunan Persekutuan Pulau Pinang untuk mendapatkan baucar RM200. [VIDEO]

Lebih kurang 2000 orang telah membanjiri Bangunan Persekutuan Pulau Pinang untuk mendapatkan borang permohonan Baucar RM200 yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Situasi menjadi kelam kabut apabila pegawai JPW memberitahu orang ramai bahawa borang permohonan adalah terhad.

Orang ramai mula berkumpul di lobi Bangunan Persekutuan untuk mendapatkan borang tersebut sejak awal pagi.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Keadaan bertambah buruk  apabila beberapa orang pegawai keselamatan bertindak membaling borang-borang ke arah orang ramai.

Ini telah menyebabkan tolak menolak berlaku dan ramai warga emas dihimpit dan terjatuh.

Menurut seorang warga emas, Wong, yang telah datang untuk mengambil baucar menyatakan bahawa, seorang warga tua telah tercedera apabila terjatuh dan dipijak beberapa kali oleh orang ramai semasa merebut untuk borang baucar.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Wong juga berpendapat bahawa JPW seharusya memberi masa sekurang-kurangnya seminggu untuk mengambil borang untuk diisi dan hantar.

Beliau juga terasa hairan dan terkejut dengan sikap orang ramai yang tidak mendengar arahan pegawai untuk beratur.

Sepatutnya golongan warga emas harus diberi keutamaan tetapi mereka menjadi mangsa dalam situasi tersebut.

Tinjauan oleh Citizen Journalists Malaysia (CJMY) mendapati bahawa ramai yang terkeliru dengan pemberian baucar RM200.

Ada segelintir yang mendapat maklumat palsu bahawa wang berupa RM 200 akan diberikan pada hari yang sama.

Menurut pegawai JPW, segala borang akan ditapis secara berperingkat dan hanya yang layak akan diberi Baucar Kar1sma RM200 pada bulan Mac 2013.

 

Sathis Kumar