Perayaan Maasi Magam disambut meriah di Klang

KLANG – Perayaan ini biasanya diadakan pada hari di mana bulan mengambang penuh pada bulan Maasi mengikut kalender Tamil yang jatuh pada bulan Februari.

Kuil Sri Raja Rajeswari, Taman Sentosa, Klang telah mengadakan perayaan tahunan Maasi Magam pada Februari 25, dan diikuti dengan perarakan arca pada Februari 26.

Perayaan ini yang bermula sejak Februari 17 telah berlangsung selama 9 hari dan diraikan dengan pembayaran nazar dengan memikul belanga susu (paal kodam) dan seterusnya dimeriahkan dengan perarakan arca (ratham).

Perayaan ini biasanya diadakan pada hari di mana bulan mengambang penuh pada bulan Maasi mengikut kalender Tamil yang jatuh pada bulan Februari.

Perayaan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang padu dari golongan belia dan juga penduduk di sekitar.

Sejak pembukaan kuil ini, aktiviti sosial seperti pendidikan keagamaan, thevaram, silambam, ceramah motivasi kepada ibu tunggal, keluarga kurang upaya, keluarga berpendapatan rendah, di samping aktiviti keagamaan dan sebagainya, sering diadakan untuk penduduk di kawasan Taman Sentosa.

Arca telah bertolak dari kuil sekitar jam 2.oo petang dan kembali semula ke kuil pada jam 1.00 pagi.

 

Rajeswari