Tindakan tegas terhadap pemilik bina struktur haram

Tindakan tegas terhadap pemilik bina struktur haram

Pemangku Yang Di Pertuanya, Ikhsan Mukri berkata keadaan itu agak serius terutama sekitar Bandar Baru Klang (BBK) di mana ada pemilik yang bertindak sesuka hati dengan membuat struktur tambahan di bahagian hadapan tanpa ada kebenaran daripada majlis.

Tindakan pemilik premis yang membina struktur secara haram sehingga menyebabkan gangguan kepada aliran trafik akan diberi perhatian oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pemangku Yang Di Pertuanya, Ikhsan Mukri berkata keadaan itu agak serius terutama sekitar Bandar Baru Klang (BBK) di mana ada pemilik yang bertindak sesuka hati dengan membuat struktur tambahan di bahagian hadapan tanpa ada kebenaran daripada majlis.

Menurutnya, keadaan itu mengakibatkan kawasan sekitar ketiadaan ruang letak kereta akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan terutama pada waktu puncak.

“Jabatan yang terlibat akan mengambil tindakan memandangkan isu ini telah menyebabkan kawasan sekitar mengalami masalah ruang letak kereta yang agak serius.

See also  Abandoned Selayang Star City revived with new vision

“Malah ia juga menyebabkan keadaan persekitaran menjadi sesak dan majlis prihatin dengan apa yang dialami oleh penduduk,” katanya.

Sementara itu,langkah sebuah komuniti penduduk yang membina halangan di laluan masuk di Taman Eng Ann akhirnya selesai apabila pihak berkenaan bersetuju untuk merobohkannya setelah menerima arahan majlis.

Menurutnya, halangan itu didirikan untuk tujuan keselamatan namun menimbulkan rasa kurang senang penduduk dan tidak mendapat kelulusan daripada majlis di situ serta membuatkan mereka berasa tidak selesa dengan situasi di situ.